Wednesday, September 26, 2018

Ape yang menarik di 99 Wonderland Park, Selayang

0 corat-coret
Salam..

Last weekend geng Gojes Blogger Supermom and Baby (GBSB) gathering lagi.... Yea! 4minggu berturut2 la ikutkan kitorang jumpa. Kalini jumpa kat 99 wonderland pulak.. Sambil2 gathering sambil2 beriadah dengan family...pasni bile la gaknyer nak jumpa lagi..


Kami semua. πŸ’—Meriah ngan tanglung

Nway, 99 wonderland ni kat selayang je tau. Dekat sangat ngan pasar borong selayang. Alah kalau waze tu insyaAllah jumpa.


Harga tiket dan waktu masuk


Antara kemudahan dan tarikan yang ade


Xsabar nak main sampan kayuh ni. Time ni belum start lagi

Masuk2 je kalau ke kanan terus jumpa sky fountain. Sky fountain ni kalau malam2 cantik.. Ade lampu2.. Dalam air tu ade ikan. Pastu belakang fountain ni la ade trex ring.. Kalau xnak anak nangis better g tengok trex tu dulu.kalau x jadi macam adree dok berzikir nak tgk trex nak tengok trex. Grrr.. Kat sini ade 3ekor trex tau.. 2besar sekor kecik. Die ade gerak2 sikit and berbunyik. Ok la kan.. Budak2 komfem suker.


Sky fountain yang memukau 😍


Trex ring


Adraa nak main lantern... 😘

Pastu boleh kekiri taman pulak.. Kt sini jumpa kura2 gergasi, arnab n itik. Bolehla bagi anak2 sentuh2 n bagi makan. Boleh ambik2 gambar jugak.


Badut ni dekat2 ngan pintu masuk jugak. Rm2 je belon. Boleh request nak bentuk ape




Lantern2 comel sempena lantern festival

Depan sikit lagi akan jumpa tandas n surau. Okla selesa surau die. Bolehla dalam 10orang solat dalam satu masa. Pastu boleh continue lalu jambatan. Bawah2 jambatan tu ade itik ngan angsa. Boleh beli makanan haiwan kt kaunter dekat2 situ. Rm3 je sepeket makanan tu.



Seberang jambatan tu pulak ade kawasan burung2. Burung merak, kasawari, apetah lagi dalam cage tu. Macam2.. Kt sini jugak ade iguana, ular, raccoon, baby monkey. Baby monkey tu ade baby pulak tau.. Bayangkan monkey yang kecik tu ade baby pulak. Alololo... Comel...


Spot the marmoset twin




Next, kalau jalan depan sikit jumpe 12 zodiac.
Ni antara yang kitorang sempat amik gambar...


Pinjam pic family leenda. Kalau nak amik gambar ngan burung n ular ni rm10 je tau. Murah je kan..


Sini pulak kawasan rusa, burung unta n burung kakak tua. Boleh beli makanan rusa tu rm5 je. Die akan bagi kacang panjang n carrot yg dipotong panjang. Senang budak2 nak pegang.



Next, kawasan makan! Yea! Hahaha.. Dah penat berjalan tu bolehla rehatkan diri kt sini. Macam2 booth makanan ade. Harga pun mampu beli. Sambil2 tu boleh jugak layan anak naik kereta elektrik ni.FREE JE tuk 10min. Kalau nak naik lagi beratur je lagi. Sambil2 menikmati sunset tu, bolehla duduk2 makan2 kat meja n kerusi yang disediakan.


Nice view kan...

Kat sini jugak ade check point tuk buggy. Free jugak. Kalau rase dah malas nak jalan bolehla naik buggy tuk smpai ke sky fountain tu balik. Kalau nak jalan kaki pun ok. Sebab sambil2 jalan tu boleh amik2 gambar dengan pemandangan lampu yang cantik...


Adree dok ulang cucuk2 ni jela



Sedap pulak tengok mee kari ni

Ohhh lupe satu lagi. Kalau nak naik bot pun berhampiran pintu masuk ni tau. Rm10 je dewasa. Kanak2 free.. 😍 i like.. Dahla masuk murah je.
Tapi kitorang haritu xsempat pulak nak naik bot ni. Sibuk nak tunggu firework. Kat sini bunga api setiap sabtu ade tau.. Bagus kan...pas tengok bunga api terus balik...

Nway, kalau nak tau lebih lanjut pasal 99 wonderland park ni boleh pegi kt bawah ni eh.. Tq wonderland park.. Xsabar nak cuber tarikan baru nanti.

Website : www.99wonderlandpark.com.my

Email : enquiry@99wonderlandpark.com.my

Waze : 99 Wonderland Park

FB :99 Wonderland Park

IG : 99WonderlandPark

Friday, September 14, 2018

3rd Pregnancy: GDM On Diet Control

0 corat-coret
Salam...

Hai uols.. Harini nak citer pasal my 3rd Pregnancy ni.. Esok dah masuk 32weeks dah pun. Hua3... #3rdpregnancy #4thbaby katenyer... Alhamdulillah...

Actually pregnancy kalini macam seprais la jugak. Sebab xplan pun.. Memang teringin nak baby sorang lagi. Tapi ingat nanti2la tahun 2020 ke. Lega sikit twin dah sekolah. Sekali balik dari Thailand, Penang aritu xpeod2 dah. Lambat 4 hari time lunch ajak ofismate gi farmasi jap beli upt. Balik lunch g tandas terus test. Omg... Double line tanpe ragu2 sis. 🀣 amik pic anta kat husband die tanye "siape punyer tu?" rolling eyes sungguh. Rasenyer die sengaje la. . Grrr.. Pasni xnak caye dah.


Sepraisss


Saye nak jadi kakak dah... #adraa

Nway pregnancy kalini Alhamdulillah xde mabuk2 pun. Angin pun sikit2 je kalau lambat makan. Rasenyer sepanjang ngandung ni muntah 2x je. Allah... Xpenah lagi peknen xmabuk gini. Dulu time aisy lame gak mabuk. Time twin lagi la... Sumer benda masuk keluar balik. Betolla gaknyer beza mengandung boy ngan girl ni. Xmabuk, perut pun kemain lonjong. Scan gender pun nampak boy InsyaAllah.. Kalau salah nasibla.. Habis sumer barang boy mmy beli ni. Hahaha


Spot the bird. Kah!

Gaknyer sebab sumer benda boleh je makan makenyer time kene check mgtt sangkut. Hua3... Awai lagi dah sangkut. Kakak yang no. 3 tu pun 3x peknen sumer kene gdm. Arwah mak pun ade kencing manis. Mungkin tu penyumbang jugakla kot.. Ahaks.. Xnak ngaku salah sendiri πŸ˜‚

Masalah ade gdm ni satu jela.. 2minggu sekali kene pegi wat ujian bsp. Alaa.. Yang cucuk jari tu. Pastu esoknyer kene gi klinik jumpa doc tuk review. Pastikan bacaan cantik. Kalau x kene repeat weakly... Pastu kalau 3x sangkut kene cucuk insulin plak. Adoi.. Xmau2... Kalau dah kene cucuk insulin ni 38weeks dah kene serah diri. Kalau on diet control 40weeks kene serah diri. Daku wat ujian bsp sendiri je.. Beli mesin tu kat caring pharmacy. Kalau x penatla kene ulang g klinik cek darah 4x sehari. Kul 8, kul 10, kul 12, kul 8pm.
2jam sebelum amik darah kene puasa. So far daku dah sangkut 2x. Sekali mase mule2 time
lum g ceramah dietician. 2nd time mase balik kampung malam tu makan manggis. Kah! Seminggu pastu kena repeat bsp. Nasib result ok repeat 2weeks lagi pulak. Legaaa...


My tools.. Beli kat caring harge dalam 117 percuma 60 strip gitu. Jarum ngan kapas murah je. Test strip ni la mahal sikit kalau habis. Mujur yang ni free banyak.


Moger terus cemerlang

Nway, since kene gdm ni risau lebih sikitla... Tiap kali terjage dari tidur mesti nak rase baby gerak. Pastu ade gak risiko baby keluar awal. Risiko baby besar. Adoi.. Harap2 ok jela sumer... Amin.. Harap2 bersalin kalini dipermudahkan semua. Last la kot kalini. Xlarat dah sis ulang klinik hospital. Time pregnant twin dulu ade masalah heart murmur during pregnancy tu. Walau xserius tapi still la kene chop high risk. Pas bersalin kene stay lebih sehari dari orang biase tuk pastikan x collapse. Kalini Alhamdulillah sumer doc yang dengar xde dengar dah bunyi abnormal. Echo result pun ok.




Persiapan barang baby. Senang sikit kalini. Klik2 je kt shopee. Ade lg lum beli. Nanti dalam pantang kite Klik2 lagi.

Satu lagi masalah hb bawah 11. Asikla 10.8. Dari kene makan sebijik iron, sebijik obimin, naik jadi 2bijik iron. Sekarang kene 2bijik iron 2bijik obimin. Iberet pun dah try same jugak 10.8. Dah kenape sumer same je. Haha.. Harap next time ni lebihla 11. Jenuh dah makan ubat ni. Sendawa pun bau ubat.

Oklah, takat ni je dulu. Doakan sis dipermudahkan bersalin kalini. Moge mommy and baby sihat n selamat, kurang sakitnyer, moge mmy kuat, sabar n tabah, n moge dapat bersalin normal. Amin3...


Last but not least, tepek sikitla pic family kami yang bakal berkembang ni ❤️

Wednesday, September 12, 2018

Goodies Mak2 GBSB Family Fun Day 2018

0 corat-coret
Salam...

Tiap kali family day geng gojes ni mesti meriah dengan macam2 hadiah. Ingat kalini xperlulah goodies tuk mak2. Tapi tetap jugak ramai kawan2 yang nak sponsor hadiah. Tq sangat korang... 😘

Nway, meh nak citer sikit2 ape ade dalam beg tu.


Ni sumer yang ade dalam goodies bag tu. Banyak kan....


Ok.. 1st sekali beg. Beg ni di sponsor oleh ig @letsfunbag_. Comel kan beg ni.. Dahla besar and tahan lasak. Macam2 boleh isi dalam tu.


2nd is Crunchy Sweet Popcorn. Sedap popcorn ni.. Sekejapan je habis. 

More info:
Popcorn bucket serendah RM1.20 utk bucket saiz kecik dan sehingga RM2.50 utk bucket saiz sederhana (bergantung pada kuantiti) harga yg ditawarkan termasuk tq sticker.
.
Jenis popcorn mushroom bulat2 berperisa caramel. Sedap2 not so sweet n salty .
.
Lokasi di Lorong Haji Said, Batu 7, Jalan Kebun. Beroperasi di rumah (homebase).
.
Juga ada perkhidmatan popcorn booth corner (masak live di event) dan popcorn bundle (borong secara kilo) .
.
Hubungi di talian
.
www.wasap.my/60182020086
www.wasap.my/60163685367
Ig : . @crunchysweetpopcorn



Yang ni pulak pin poney by Nurul Nabilah CrafterHa'Na.

FB : https://www.facebook.com/nurul.bella.1671

Menerima tempahan produk hasil kraftangan seperti keychain,brooch,gelang, fridge magnet dll..

Boleh dijadikan gift pelbagai majlis, seperti kahwin,hari jadi, akikah, utk dijadikan kenangan..

Contact : 01126216226


Seterusnya Cheezas Cheese Powder. Haa.. Yang ni tuk buat sos cheese. Selain tu boleh dijadikan perapan jugak. Menu lain try tengok kt bawah ni eh...

FB : Cheezas Cheese Powder - HQ
Contact No : https://api.whatsapp.com/send?phone=60135882045
Website : www.cheezas.com


Yang ni pulak daging salai.. Eh yang ni xde dalam goodies beg tau. Tapi kawan dah tolong masakkan tuk kitorg sumer rase mase potluck. Sedap.. Lembut je dagingnyer.

Boleh dapatkan di:
Fb: Smoka - Salai Hous
- Harga - RM20
- Berat 250g
- Daging ni sudah masak cuma difrozenkan
- Mempromosikan kempen eat clean and healthy
- Mudah dan cepat dimasak
Menggunakan teknik salai tradisional
- Menjimatkan masa menyiapkan hidangan
- Muhamad Husnul Azam Ahmad Mughni
Pegawai Pemasaran
019 - 6014 371

Oklah, itu je takat ni. Yang lain2 tu kalau rajin sis share lagi eh.. Tq sangat kt sponsors and kawan2 yang bagi hadiah2 tu.. Comel2 sgt sumer... I lap u... 😘😘😘

Meringue Cookies by Era Clara

0 corat-coret
Salam..

Hai korang.. Mase GBSB Family Fun Day 2018 baru ni sis dapat lucky draw meringue cookies by chef era clara tau. Omg... Kalau tengok ig die geramnyer... Macam2 jenis meringue ade. Comel2 sangat! Siap yang warne warni tu macam unicorn. Yang choc chip tu lagi la wat terliur. Pastu ade plak perisa durian.. Omg...


Macam2 jenis ader

Sis dapat perisa baru tau... Bubble Rice Crunchy name die. Sedap.. Bile makan tu rangup je mule2. Pastu cair dalam mulut. Pastu ade plak tertinggal bubble rice crunchy2 dalam mulut. Rase masam2 manis yang ni. Nyam.. Sedap sangat... Kalau dilayan mau semalam habis terus sebekas.


Sis dapat yang ni la.. Sedapppp. Yang lain tu mesti lagi sedap kan.. Omg.. Teringin nak rase yang choc tu


Haaa yang ni yang choc

sebekas ni RM12 je tau. 2 bekas dapat RM20. Murah je kan.. Kalau nk pack kecik2 wat goodies pun sesuai sangat. Xpun bagi je sebekas camni.



Comelkannnn 😍

Nway, korang kalau berminat boleh ke ig : era_clara atau search di FB Era_Clara or boleh terus whatsapp Chef Era : 018-2123124.

Tq era bg kitorg rase meringue yang sedap ni... 😘

Bawak anak2 ke Farm In The City, Sri Kembangan 2018

2 corat-coret
Salam...

Alhamdulillah.. Semalam 10.9 kami dapat sponsor masuk farm in the city percuma.. Yea! Tq yana tolong arrange. So harini nak cerita best ke x fitc ni.


Pic wajib

Kitorang sampai fitc dalam kul 11 gitu kot. Senang je nak cari tempat ni. Ikut je waze.
Tempat ni kecik je sebenarnya, tapi sebab kebanyakan haiwan boleh pegang2, boleh bagi makan so dalam 2jam jugak kami kat dalam tu. Anak2 seronokla dapat bagi makan binatang. Selalu tengok dalam tv dalam buku je kan...


Pony ride shedule

Ini jadual aktiviti dalam tu. bolehla plan mase siap2

Kt pintu masuk fitc ni ade jual makanan binatang. Bolehla beli sebaldi nak bagi makan kang. Tempat ni stroller and wheelchair friendly tau.. Semua laluan bertangga ade laluan tuk stroller jugak. Tapi rasenyer budak2 ni xduduk
sangat pun dalam stroller tu. Sebab sibuk nak berinteraksi ngan binatang2 dalam tu. Tapi oklah jadi tempat letak bag. Hahaha..
 
token untuk naik pony or beli makanan haiwan boleh beli kt mesin ni. beli rm1 tuk 1 token je pun boleh.
 
ni mesin beli makanan ikan

ni pulak harge tuk naik pony 1 round...


Makanan haiwan boleh beli kt pintu masuk

Tempat duduk pun banyak kt dalam tu. So makyong nak masuk 8 bulan ni bolehla rehat2 kejap. Pastu xde rase penat sangat pun.. Sebab banyak berenti kan.

Kat dalam banyak jugak cafe2 boleh beli makanan n minuman. Bawakla air siap2 takut dahaga. Tapi budak2 ni ok je xrase letih sangat. Sekali sekale je mintak air. Sebelum masuk dah makan dulu siap2. Makyong la yg banyak minum air πŸ˜‚

Binatang dalam ni banyak yang friendly2 tau.. Yang terlebih friendly pun ade. Haha... So far budak2 seronok sangat.. Sebelum tido pun sibuk lagi cerita tadi tengok binatang ape. Recommended sangat bawak anak2 datang sini tuk diorang belajar and beranikan diri pegang binatang2 dalam ni.


Alpaca yang comel


Giant turtle


Jinak monyet cute ni. Gerammm


Pony plg kerap diorang bg makan

Adree dapat naik pony.. Yea! Adraa xnak. Takut die.

Kat bawah ni more info pasal fitc eh...oklah, itu aje takat ni...bye... tq fitc...

Operating Hours:
Weekdays: 10:00am-6:00pm
Weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday,
excluding Public holiday & school holiday.

Our Address:
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
Tel: 03-89412099/3099
Normal Entrance Rates:
Adult: RM58
Children/Senior Citizen: RM48
MYKAD Discount:
Adult: RM39
Children/Senior Citizen: RM32
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old
** Child below 90cm in height is FOC.
*** Senior Citizen (above 60 years old)
 
Family Package (MyKad Promotion) – RM132 nett
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals

 

tHe LifE i'M liVing iN Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez