Thursday, October 18, 2018

Kos renovate rumah

3 corat-coret
Assalamualaikum...

Hola.. Kiter bersiaran lagi. Kalini nak citer pasal kisah renovate rumah yang dah lame siap tu. Kah3.. Aci la kan...
Kitorang reno rumah ni tahun lepas. 2017. Rasenyer nak dekat2 puasa kot. Kira sepanjang puasa tu org tgh reno la.Kitorang buat sikit2 sebab kitorang dok rumah tu time renovation. Kire klu diorg wt keje kt bawah kitorang pkai tingkat atas je. Tingkat atas xde buat ape sangat. So kalau diorang buat kat bilik no.2 kitorang tdo kt bilik no.1 vice versa.

Kitorang xde banyak sangat pun duit nak reno rumah ni. Eh sebenarnyer memang xde duit pun.hahaha.. rumah ni kitorang beli mase baru2 jugakla kawin..duit kwsp pun xberape nak ade lagi. MIL la suruh beli rumah. Kitorang pun carila rumah murah2…

Pinjam duit mil 10k. rumah ni 160k gitu. Cari rumah basic yang xde reno lagi je. Sebab ade jumpe yang dah reno tapi xkenan cara die reno tu. Pastu pas 6 tahun baru la rase nak refinance rumah ni. Gaji pun dah kukuh sikitla nak bayar lebih sikit kat bank kan. Hutang bank ade dalam 130k lagi. Kitorang pinjam dalam 260k. monthly dalam 1300 gitu bayar bank. Dapatla cash 100k. 50k wat reno, 50k beli keter. Astaghfirullah. Huhu…Xperla..keperluan tu. Anak ramai..ahaks

So kitorang pun cari la kontraktor kt facebook. Dapatla contact 2,3 orang. Pastu mintak quotation. Ni antara quotation yang diorang bagi.


Quote 1. Kitorang amik yang ni




Quote 2 : ni detail tapi rase mahal plak kalau tolak itu ini. Tapi endingnyer rase lebih kurang je kot. Huhu

Tapi kitorang ade tukar2 sikit la.
Asalnyer nak buat balkoni besar tingkat atas. Bolehla letak mesin basuh,sidai baju,tanam pokok atas tu. Tapi macam xcukup bajet plak. Xpelah, lain kali la kalau ade rezeki.

Pastu tuk tile kitorang pakai tile sendiri je sebab aku keje company tile kan. Keje 5 tahun boleh claim free tile dalam 3k. tapi xde pun die tolak 3k dari quotation tu. Sebab die bajet tile dalam 1k lebih je.

Tile murah2 je die cakap. Xpela..sis nak pakai tile niro,kualiti terbaik. Kahhh! Promote sikit. Hahaha

Lame jugak diorang siapkan rumah ni. Nyesal jugakla amik kontraktor ni. Sebab die xde transport rupenyer. Pekerja pun xtetap.

Dengan die eksiden moto injured kaki lagi. Macam2..dalam 2 bulan gitu la kot baru siap. Raye pun rumah xsiap lagi. Hua2.. xpela, janji siap.

So kat bawah ni hasilnyer. Jadilah kan..alhamdulillah…gambar sebelum xde sangat..gambar tengah buat pun bolehla ek…



Tandas. Tukar tile, tukar tandas, sinki, shower.



Ruang tamu tu asalnyer tingkap 2pintu. Pintu pun yg pintu 1 setengah tu. Konon wat sliding door kasi cerah sikit. Sekali terbuat cermin yg gelap tu pulak. Adoi..


Porch ni tukar pagar letrik je, pasang awning ngan tile kan die.


Dahsyatnyer dapur sebelum tu. Huhu.. Xtau dah nak sental camne lantai tu. Last2 kitorang tampal vinyl je sendiri. Beli kt floor depot. Murah...

Okla, itu aje. Moge boleh menjadi panduan. Tq sudi bacer.. 😘

Tuesday, October 16, 2018

Hasil Shopping di Vietnam

2 corat-coret
Assalamualaikum...

Walaupun bukan aku yang shopping nyer nak jugak citer. Hahaha.. Sebab aku nak suruh husband shopping ritu kemain google nak beli ape. Nway, alkisahnyer time cuti merderka haritu, company husband ade company trip ke Vietnam. Best tol compaby diorang ni. Tiap tahun trip obersi. Tapi tula, Diorang je pegi xleh bawak family πŸ™„ 3hari 2malam.




Ni diorang punyer tentatif. Kotla boleh jadi rujukan sesiape nak g Vietnam tu.

Ingatkan nak suruh shopping kat Ben Tanh market tu. Tapi husband kate kt situ xde ape pun. Die beli kain cotton pasang je. 3pasang rm30 satu. Daku xsuruh beli pun ni. Sebab malas nak hanta jahit. Haha..tapi diorang sekejap je kat sini sebab jem die cakap. Vietnam pun merdeka jugak rupenyer haritu.



So malam tu pas dinner diorang sewa teksi ke apetah pegi bandar die. Balik tu diorang jalan kaki je. Beli kat kedai tepi2 jalan je die cakap kt bandar ho chi minh tu. So kat bawah ni antara hasil tangkapan.


Tudung ariani ngan nealofar. Ariani la banyaknyer. Aku pesan siap2 dah jangan beli duck. Seganla nak pkai mahal sangat πŸ˜† dapat rm17 sehelai tudung ni. Not bad kualiti kain die. Macam lebih kurang kt butik ariani je. Nealofar tu xsure sebab xpnah beli. Tapi ok jugak aku rase. Bukan jenis kain satin yg kt sini jual rm10 selai tu.


Pastu telekung siti khadijah ni sebenarnya aku suruh cari telekung travel. Tuk aku, adraa ngan aisy. Tapi xjumpe. Ni je banyak jual. Rm45 je sepasang. Rugi plak rase die beli 2 je. Satu bagi adik tinggalla satu. Padahal aku pesan dah beli 3.huhu..best sangat telekung ni. Kain cotton. Elok..

Biase orang g sane beli kain lace kan. Tapi aku survey2 harge dalam rm50 semeter gitu. So aku cakap xpayahla beli. Macam mahal je. Kah3.. Dasar cheapskate.

Itu jelah die beli tuk aku. Tuk diri die, die beli jam, seluar ngan apetah. Macam xmurah sgt je aku dengar. Kalau tanye aku memang xbagi beli dah tu πŸ˜†

Oklah, itu je nk citer. Kot boleh jadi panduan harge kt sane. Bye... Tq for reading.. 😘

Thursday, October 11, 2018

Tanda2 hamil anak lelaki

2 corat-coret
Wah gitu tajuk...Salam korang...daku ni since gdm kene scan sebulan sekali kat kk tu. Tapi doc xde pun nak tenggokkan boy ke girl.
ramai lagi doc cakap...die scan sendiri pastu tunjuk kt daku fetal heart pastu dah.huhu..

 pastu daku pun book la gender scan kt Sonovision Klana Jaya tu.
memang khas nak tengok gender. tapi die buat 2d growth sekali pulak. patut 30 je. dah sekali 2d growth jadi 50. baik sis buat 3d 4d tu baru 70. tapi xpela..sis halalkan. eh. hahaha..

tapi memang best la die scan. dah habis check growth sumer die cakap 'ok..jom tengok gender die'.
'hmmm... ade birddd' hahaha..jelasnyer la. boy ni memangla. memang xsorok2. dulu time adree ngan adraa dalam perut selalu nampak je sorang boy.
sorang lagi asyikla xpasti. time Aisy dulu sampai dah bersalin xsure btol ke girl.hahaha..

 Nampak x? 

Nway, daku gugel2la tanda hamil baby boy ngan girl tu. Banyak la jugak yang mengena. korang camne?

1.Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit.
-yang ni xsure la..tp selalu normal je bp

2.Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol atau tajam ke hadapan.
-ini betol. hasben pun tegur kenape tajam sangat perut tu.hahaha

3.Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar.
-sekarang nampak gitu pulak.ke sebab baby dh turun?

4.Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam. Malah ada juga sebilangannya ditumbuhi jerawat-jerawat kecil.
Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau!
-gelap dan kusam xsure la. tapi daku memang xcerah orangnyer. tapi jerawat xde sejak pakai st ives green tea tu.
best sangat wei scrub tu.xkasar sangat x halus sangat. licin rase muke. eh iklan scrub pulak.haha

5.Tidak mengalami morning sickness. Tapi mungkin ada cuma tidak berat.
-betoi2. kalini boleh kire berapa kali muntah. 3x je kot. peknen 2x sebelum ni xterkira rasenyer.haha

6.Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging.
-daging suke sebab boleh tambah darah. keju klu kt pizza tu sukerla

7.Kulit ibu akan kelihatan kering.
-memang kering sangat2. sebab tu xkeluar jerawat kot. hmmm?

8.Wajah lebih berseri-seri
-xberani kate

9.Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan
-iyer..suke sangat rambut sekarang.

10.Hidung kelihatan lebih kembang
-ntah ek? ade beza eh?

11.Payudara kanan lebih besar dari kiri
-x perasan...

12.Sakit kepala sering menyerang ibu mengandung
-macam xde sangat kot...

13.Bayi lebih suka pergi ke arah sebelah kanan dalam perut ibu.
-betol

14.Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tak putus.
-betol

15. Dari ciri gerakan bayi dalam kandungan, ada yang meramalkan bahawa gerakan bayi dalam kandungan yang tidak terjangka
adalah lebihcenderung kepada pembawaan anak perempuan. Sebaliknya, ritma yang teratur lebih dikaitkan dengan kehamilan
anak lelaki.
-camno tu?

16. Selain itu, ada juga teori yang mengatakan detak jantung yang kurang dari 150/minit merupakan indikator bahawa bayi
yang dikandung adalah lelaki.
-betol

Apepun xkisahla boy ke girl, janji sihat. tapi mmy dah beli sumer barang boy tau.. keluar girl nasib awakla baby....


Thursday, October 4, 2018

Persiapan Sekolah Anak Darjah 1

6 corat-coret
Assalamualaikum..

Hai uols.. Harini nak cerita pasal persiapan sekolah anak darjah 1. Dulu Aisy nak masuk darjah 1 pun blur2 jugak nak beli ape n camne.

1. Baju sekolah
Baju sekolah Aisy daku beli kat kedai hari hari je. Kat kedai ni ade 2 jenama. Satu john n jenny, satu lagi jenama No Problem. JnJ ni murah sikit compare no problem. Kain pun xsamer. Kain jnj jenis licin sikit. Kain no problem tebal. Daku beli jenama no problem. Warna baju tu pun putih biru sikit. So xperlu nak nila2 bagai. Sampai sekarang still biru lagi.


Aisy dulu mase beli barang tuk pegi exam

Tapi kat hari2 ni xjual baju n kain asing2 tau. Die jual sepasang sekali baju n kain. So daku beli 5pasang sekolah agama kain hijau tu, 4pasang sekolah kebangsaan kain biru tu. Sekolah Aisy mula2 dulu sukan sehari je seminggu. Baru2 ni je tukar jadi 2x. So boleh tanye cikgu dulu la kot diorang sukan berapa kali. Kalau hari yang ada pendidikan jasmani tu pakai baju sukan je datang sekolah. Hari pendidikan kesihatan pakai baju sekolah.


Baju n kain sekolah hari2 setahun kemudian

Sebenarnya kain sekolah tu 3helai pun dah cukup. Sebab kain berwarna basuh campur je ngan baju lain. Baju putih je setiap wiken akan rendam dulu semalaman sebab selalu baju diorang akan kotor kat bontot n siku. Daku basuh mesin je. Xlarat nak basuh tangan. Hihi.. Daku survey dah kedai2 lain. Jual baju je pun dah mahal. Lagi2 jenama 'manggih' tu kan. Baju harihari ni walaupun jual sepasang tetap murah. Nway, baju2 tu daku rendam ngan sabun Eziclean dari HaiO. Ok jugakla.. Hilang jugak yang choc2 sikit2 tu. Tapi kalau yang degil sangat tu kene sental baru hilang.

Harga baju sekolah sepasang kat hari2 tahun lepas dalam rm37. Kalau baju canggih tu baju je rm28 gitu kot.


Pasaraya harihari yang diperkatakan tu

2. Tudung sekolah
Tudung sekolah pun daku beli 5 helai setiap sekolah sebab nak rendam sekali baju putih on wiken. Daku mule2 beli yang jenis selapis tu je. Kain mcm lycra gitu. Takut kain licin 2lapis tu diorang xreti pulak. Pastu tuk sekolah kebangsaan daku beli tudung sekolah sicomel. Senang xpayah lipat2. Pagi2 xpela mmy ade nak tolong pakaikan die tudung. Sekolah petang sarung je sendiri. Tudung sekolah sicomel tu boleh beli kat website die. Ade warna putih mutiara ngan putih nila kot. Better beli putih nila tu xdela cepat nampak buruk kalau xnila.

Harga barang hari2 2017:
baju sepasang 37
tudung 6.90
stokin 3psg 9.90
kasut 27.90
kapur 2 botol 2.90


1st day to school sekolah kebangsaan


1st day to school sekolah agama

3. Kasut sekolah
Kasut sekolah rasenyer 2pasang dah cukup. Aisy pakai kasut yang same je pagi n petang. Hari rabu tukar kasut baru. Kalau tahun depan jadi pakai kasut hitam senangla sikit. Xpayah susah2 menggosok n mengapur. Kasut putih ni nak basuh bahagian plastik tu pakai span basuh pinggan yang hijau tu. Senang hilang. Kalau x jenuh memberus xnak putih.

4. Aksesori pakaian
Stokin beli 5. Tukar hari2. Anak tudung pun beli 5. Anak tudung beli kt harihaari tahan. Dah bulan 10 ni xpayah ikat getah pun. Yang beli kedai rm2 kene ikat getah dah. baju dalam simis tu daku beli 5 jugak.Sumer ni kt harihari pun ade. Sepentot ikutla berape. Seluar panjang tuk pakai dalam kain sebab takut terselak. Sekolah agama diwajibkan pakai. Aisy pakai sampai petang.


Contoh jadual kelas. Ade dalam 13 subjek lebih kurang

5. Beg sekolah
Beg sekolah beli 1 tuk setiap sekolah. Tuk sekolah kebangsaan beli yang tahan n besar sikit. Bagi muat masuk file plastik tu. Sebab buku2 die sumer daku masuk dalam file ikut subjek. Senang diorang nak susun jadual. Walaupun ntah berapa kali dah tukar jadual, tetapla berat beg tu. Beg sekolah agama yang murah2 pun dah ok. Sebab buku xbanyak. Jadual pun xpnah tukar lagi setakat ni. Beg Aisy sampai sekarang elok lagi. Beli kt tesco je jenama polo apetah. Dalam 50lebih kot. Yang sekolah agama belas2 je rasenyer.


Beg buku n beg bekal Aisy. Jenama interpolo. Yang pink tu belas2 je kot. Beg bekal kedai rm2 je. Sampai sekarang elok lagi xkoyak. Eh beg sekolah tu yang xkoyak. Bukan beg bekal tu eh. Haha

6. Alat tulis
Bekas pensel daku beli kt kedai rm2 je. Suke jenis besi tu sebab die senang nampak isi dalam. Xperlu besar2 sebab bawak barang basic je. Gunting gam sumer tu kalau cikgu suruh baru bawak. Kalau bawak hari2 pun wat hilang je. Beli pensel 2b tu dalam 2kotak,pemadam sekotak,pembaris sekotak. Pengorek rasenyer xpayahla beli kot. Sebab selalu kalau diorang korek mesti patah. Beli je pengorek besar tu satu letak kt rumah. Setiap hari bagi diorang bawak pensel dalam 3batang. kalau patah tukar lain je.



Pensil warna daku beli 1 wonderbox tu sebab nakkan box die. Pastu pensil dalam tu kalau hilang or pendek tukar je dengan pensil warna lain. Ikutla nak beli kedai rm2 ke luna ke.

Pastu beli fail plastik tu nak letak buku. Total ikut bilangan subjek. Daku beli tuk sekolah kebangsaan je. Sekolah agama sikit je buku. Labelkan dengan sticker ikut subjek je. Nanti diorang susun jadual ikut warna.

7. Bekal Sekolah
Beli botol air kecik2 tu. Daku mule2 beli jenis straw tu tapi selalu tumpah or bocor. So beli botol tupperware jenis fliptop tu. Dari 4biji tinggal 2biji je sekarang. Tapi dah last2 ni die reti dah bukak botol air jenis penutup pusing2 tu. Beli kt mr diy je. Ha senang xtumpah. Jenis flip top diy punyer macam senang tumpah jugak.


Bekal sekolah sekali duit belanja rm2


Dalam kenangan.. Huhu

Bekas makanan pulak beli kedai rm2 je. Xpayah compartment banyak sangat xpe. Kang xtau nak letak ape. πŸ˜‚ pastu xpayah besar2 sangat. Beli jugak beg nak letak bekal tu. Kang masuk sekali beg sekolah kalau tumpah habis pulak buku diorang kan.

Begitulah pengalaman daku anak darjah 1. Kalau jumpa baju murah lagi bagitaula yer. Bai.. Harap membantu sikit2.. Selamat membuat persiapan! 😘

Wednesday, October 3, 2018

34 Weeks: Checklist Beg Hospital

4 corat-coret
Assalamualaikum...

Hai.. Arini nak citer pasal beg nak bawak pegi hospital. Penting ni... Daku pun google dulu sebelum kemas. Mule2 ingat nak wat 2 beg. 1bag baby, 1 bag mak. Tapi xjadila.. Xmuat pulak beg mak. Kahhh.

So kalini kemas beg sebelum bersalin dengan beg selepas bersalin. Haa.. Gitu senang sikit sebab sebelum bersalin xbanyak sangat pun barang nak pakai lagi. Tapi tula kite pun xtau lg lame ke x dok spital sebelum bersalin tu. Harap xpayah lamerla... Pastu kot emergency senang daku bawak 1 je dulu beg. Nanti baru tok laki amik 1 beg lagi.


Total 3 beg. Beg kecik tu beg sebelum bersalin la kirenyer. Dengan beg merah tu letak cawan, termos, sudu, botol air, seliper.

Nway, kat bawah ni checklist barang nak bawak pegi hospital. Yang * tu letak dalam beg sebelum bersalin at least sehelai.

Checklist barang mommy:
[V] Kain batik 2*
[V] Pad*
[V] Sepender 2
[V] Sweater - nak pakai pas bersalin kot sejuk
[V] Coli 2
[V] Sepende pakai buang - senang xpayah basuh2
[V] Bengkung mmy - jenis zapp je
[V] Set baju balik rumah
[V]Telekung travel*
[V] Tudung express*
[V] Tuala*
[V] Seliper*
[V] Stokin
[V] Sikat*
[V] Sabun*
[V] Ubat gg+berus*
[V] Getah rambut*
[V] Pilis/param
[V] Kurma*
[V] Botol air*
[V] Sudu*
[V] Cawan*
[ ] Horlicks
[ ] Biskut


Ni kot dok wad lame nak makan2 dulu

Checklist barang baby:
[V] Baju welcome 2-ls
[V] Baju homecoming 1 ss
[V] Receving blanket 3
[V] Hooded Blanket 1
[V] Barut 3
[V] Sapu tangan 2
[V] Mitten n booties 3
[V] Topi baby 1
[V] NB Diapers 6
[V] Baby wipes
[V] Tuala
[V] Sabun n syampu
[V] Cotton bud
[V] Myk telon


Toiletteries baby n mommy

Muat elok dok dalam ni

Dari barang2 atas ni asingkan siap2 barang2 baby nak bagi sebelum masuk labour room. Kire nanti baby keluar terus nurse pakaikan sumer ni n bagi kat kite. :
❤️Sepasang baju
❤️Mitten n booties
❤️Receving blanket
❤️Hooded Blanket
❤️Diaper



Barang2 nurse akan mintak sebelum bersalin kang. Boh dalam plastik ikea je senang kang tinggal bagi je.

Oklah, cukup dah kot.. Ke ade lagi? Kalau ade lagi bagitau la eh.. Bye... Doakan daku mudah bersalin n selamat n sihat sumernyer.. Amin...
 

tHe LifE i'M liVing iN Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez