Thursday, October 4, 2018

Persiapan Sekolah Anak Darjah 1


Assalamualaikum..

Hai uols.. Harini nak cerita pasal persiapan sekolah anak darjah 1. Dulu Aisy nak masuk darjah 1 pun blur2 jugak nak beli ape n camne.

1. Baju sekolah
Baju sekolah Aisy daku beli kat kedai hari hari je. Kat kedai ni ade 2 jenama. Satu john n jenny, satu lagi jenama No Problem. JnJ ni murah sikit compare no problem. Kain pun xsamer. Kain jnj jenis licin sikit. Kain no problem tebal. Daku beli jenama no problem. Warna baju tu pun putih biru sikit. So xperlu nak nila2 bagai. Sampai sekarang still biru lagi.


Aisy dulu mase beli barang tuk pegi exam

Tapi kat hari2 ni xjual baju n kain asing2 tau. Die jual sepasang sekali baju n kain. So daku beli 5pasang sekolah agama kain hijau tu, 4pasang sekolah kebangsaan kain biru tu. Sekolah Aisy mula2 dulu sukan sehari je seminggu. Baru2 ni je tukar jadi 2x. So boleh tanye cikgu dulu la kot diorang sukan berapa kali. Kalau hari yang ada pendidikan jasmani tu pakai baju sukan je datang sekolah. Hari pendidikan kesihatan pakai baju sekolah.


Baju n kain sekolah hari2 setahun kemudian

Sebenarnya kain sekolah tu 3helai pun dah cukup. Sebab kain berwarna basuh campur je ngan baju lain. Baju putih je setiap wiken akan rendam dulu semalaman sebab selalu baju diorang akan kotor kat bontot n siku. Daku basuh mesin je. Xlarat nak basuh tangan. Hihi.. Daku survey dah kedai2 lain. Jual baju je pun dah mahal. Lagi2 jenama 'manggih' tu kan. Baju harihari ni walaupun jual sepasang tetap murah. Nway, baju2 tu daku rendam ngan sabun Eziclean dari HaiO. Ok jugakla.. Hilang jugak yang choc2 sikit2 tu. Tapi kalau yang degil sangat tu kene sental baru hilang.

Harga baju sekolah sepasang kat hari2 tahun lepas dalam rm37. Kalau baju canggih tu baju je rm28 gitu kot.


Pasaraya harihari yang diperkatakan tu

2. Tudung sekolah
Tudung sekolah pun daku beli 5 helai setiap sekolah sebab nak rendam sekali baju putih on wiken. Daku mule2 beli yang jenis selapis tu je. Kain mcm lycra gitu. Takut kain licin 2lapis tu diorang xreti pulak. Pastu tuk sekolah kebangsaan daku beli tudung sekolah sicomel. Senang xpayah lipat2. Pagi2 xpela mmy ade nak tolong pakaikan die tudung. Sekolah petang sarung je sendiri. Tudung sekolah sicomel tu boleh beli kat website die. Ade warna putih mutiara ngan putih nila kot. Better beli putih nila tu xdela cepat nampak buruk kalau xnila.

Harga barang hari2 2017:
baju sepasang 37
tudung 6.90
stokin 3psg 9.90
kasut 27.90
kapur 2 botol 2.90


1st day to school sekolah kebangsaan


1st day to school sekolah agama

3. Kasut sekolah
Kasut sekolah rasenyer 2pasang dah cukup. Aisy pakai kasut yang same je pagi n petang. Hari rabu tukar kasut baru. Kalau tahun depan jadi pakai kasut hitam senangla sikit. Xpayah susah2 menggosok n mengapur. Kasut putih ni nak basuh bahagian plastik tu pakai span basuh pinggan yang hijau tu. Senang hilang. Kalau x jenuh memberus xnak putih.

4. Aksesori pakaian
Stokin beli 5. Tukar hari2. Anak tudung pun beli 5. Anak tudung beli kt harihaari tahan. Dah bulan 10 ni xpayah ikat getah pun. Yang beli kedai rm2 kene ikat getah dah. baju dalam simis tu daku beli 5 jugak.Sumer ni kt harihari pun ade. Sepentot ikutla berape. Seluar panjang tuk pakai dalam kain sebab takut terselak. Sekolah agama diwajibkan pakai. Aisy pakai sampai petang.


Contoh jadual kelas. Ade dalam 13 subjek lebih kurang

5. Beg sekolah
Beg sekolah beli 1 tuk setiap sekolah. Tuk sekolah kebangsaan beli yang tahan n besar sikit. Bagi muat masuk file plastik tu. Sebab buku2 die sumer daku masuk dalam file ikut subjek. Senang diorang nak susun jadual. Walaupun ntah berapa kali dah tukar jadual, tetapla berat beg tu. Beg sekolah agama yang murah2 pun dah ok. Sebab buku xbanyak. Jadual pun xpnah tukar lagi setakat ni. Beg Aisy sampai sekarang elok lagi. Beli kt tesco je jenama polo apetah. Dalam 50lebih kot. Yang sekolah agama belas2 je rasenyer.


Beg buku n beg bekal Aisy. Jenama interpolo. Yang pink tu belas2 je kot. Beg bekal kedai rm2 je. Sampai sekarang elok lagi xkoyak. Eh beg sekolah tu yang xkoyak. Bukan beg bekal tu eh. Haha

6. Alat tulis
Bekas pensel daku beli kt kedai rm2 je. Suke jenis besi tu sebab die senang nampak isi dalam. Xperlu besar2 sebab bawak barang basic je. Gunting gam sumer tu kalau cikgu suruh baru bawak. Kalau bawak hari2 pun wat hilang je. Beli pensel 2b tu dalam 2kotak,pemadam sekotak,pembaris sekotak. Pengorek rasenyer xpayahla beli kot. Sebab selalu kalau diorang korek mesti patah. Beli je pengorek besar tu satu letak kt rumah. Setiap hari bagi diorang bawak pensel dalam 3batang. kalau patah tukar lain je.



Pensil warna daku beli 1 wonderbox tu sebab nakkan box die. Pastu pensil dalam tu kalau hilang or pendek tukar je dengan pensil warna lain. Ikutla nak beli kedai rm2 ke luna ke.

Pastu beli fail plastik tu nak letak buku. Total ikut bilangan subjek. Daku beli tuk sekolah kebangsaan je. Sekolah agama sikit je buku. Labelkan dengan sticker ikut subjek je. Nanti diorang susun jadual ikut warna.

7. Bekal Sekolah
Beli botol air kecik2 tu. Daku mule2 beli jenis straw tu tapi selalu tumpah or bocor. So beli botol tupperware jenis fliptop tu. Dari 4biji tinggal 2biji je sekarang. Tapi dah last2 ni die reti dah bukak botol air jenis penutup pusing2 tu. Beli kt mr diy je. Ha senang xtumpah. Jenis flip top diy punyer macam senang tumpah jugak.


Bekal sekolah sekali duit belanja rm2


Dalam kenangan.. Huhu

Bekas makanan pulak beli kedai rm2 je. Xpayah compartment banyak sangat xpe. Kang xtau nak letak ape. ๐Ÿ˜‚ pastu xpayah besar2 sangat. Beli jugak beg nak letak bekal tu. Kang masuk sekali beg sekolah kalau tumpah habis pulak buku diorang kan.

Begitulah pengalaman daku anak darjah 1. Kalau jumpa baju murah lagi bagitaula yer. Bai.. Harap membantu sikit2.. Selamat membuat persiapan! ๐Ÿ˜˜

6 corat-coret on "Persiapan Sekolah Anak Darjah 1"

Cik Puan Mimi on October 4, 2018 at 7:06 PM said...

Thanks jah. Kena jadi rujukan ni. Mmg nk g survey2 kt kedai hari2 pon. Kt meru ni dekat je dgn rumah.

Hamelia Hamid on October 4, 2018 at 8:18 PM said...

cantik beg bekal tu...nice info, blh buat rujukan nanti

UMIESUE STUDIO on October 4, 2018 at 8:27 PM said...

tenkiuu pijahh..boleh buat rujukan

Hafizah on October 4, 2018 at 9:59 PM said...

@cik puan mimi.. Welcome.. ๐Ÿ˜˜

Hafizah on October 4, 2018 at 9:59 PM said...

@hamelia hamid... ❤️❤️❤️

Hafizah on October 4, 2018 at 10:00 PM said...

@umiesue studio welcome... ๐Ÿ˜˜

Post a Comment

 

tHe LifE i'M liVing iN Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez